Kumpulan membersihkan kawasan Masjid Jamek untuk digukan semasa Program Maulidur Rasul yang akan diadakan pada 26 Januari 2014 dimana Perarakan akan berkumpul disini dan acara Majlis diadakan dimana beberapa acara telah disediakan.
Carpet perlu dibersihkan dan Tikar sajadah perlu di susun atur mengikut kesesuaian acara itu nanti.
Kaum Wanita sedang berbincang mengenai Perarakan itu nanti dimana didahului oleh Ybhg. Tuan Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah , Para Pemimpin yang lain , termasuklah Pegawai Kemajuan Rakyat Balung , Ketua Kampung , WKAN , Imam-imam dan Pengerusi-pengerusi Masjid
Rihat sementara setelah mengemas dan membersihkan bahagian Masjid Yang akan di gunakan
Program gotong royong ini telah diadakan pada 24hb. Januari 2014 di Masjid Jamek Kg.Ranggu Batu 9 , Jalan Ranggu Tawau , dimana acara pada 26 Januri 2014 yang akan dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Hj.Nizam DSP AB Titingan , Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah .Sambutan Maulidur Rasul pada Tahun ini bertema “ Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”
Sambil minum ada juga yang mesih meneruskan pembersihan dan menyusun atur peralatan yang akan digunakan semasa Perarakan dari Masjid Seri Ranggu Kampung Rancangan Ranggu ke Masjid Jamek Kampung Ranggu sejauh 2 kilometer sambil membaca Selawat Nabi yang diketuai oleh Ybhg. Tuan Hj.Nizam DSP AB Titingan dan En.Syed Hassan Syed Idrus , Pegawai Kemajuan Rakyat Balung , Tawau.
Program Sambutan Maulidur Rasul dilaksanakan bersama oleh Pengerusi JKKK Kampung Ranggu , Pengerusi KRT Kg.Ranggu , Pengerusi Masjid Seri Ranggu dan Pengerusi Masjid Jamek Kg.Ranggu .
Menyediakan Kanopi untuk meletakkan makanan dan minuman untuk orang kampung yang datang
Membersihkan tempat makanan dan Minuman serta menyusun atur bagi keperluan semasa acara berlangsung.
Selesai acara Majlis
Maulidur Rasul kini pembersihan perlu dilakukan dimana tikar dan Sajadah perlu
dibersihkan agar Jemaah yang bersembahyang tidak terganggu.
Membersihkan dan menyusun atur peralatan Masjid setelah digunakan
Peralatan- peralatan yang dibersihakan disusun atur untuk dikembalikan kepada yang punya serta menyusun kerusi untuk dihantar kembali ke Balai Raya tempat menyimpan kerusi tersebut.
Tikar Sajadah telah disusun
atur semula dan setelah dibersihkan dan juga Kawasan Hadapan Masjid telah
dibersihkan agar tiada kotoran yang boleh mencemarkan Jemaah.