Monday, 24 December 2012

LAWATAN INTEGRASI PERMUAFAKATAN RUKUN TETANGGA TAWAU

LAWATAN INTEGRASI PERMUAFAKATAN RUKUN TETANGGA TAWAU KE KUCHING SARAWAK BUMI KENYALANG 


Pada 8 haribulan Disember 2012 Jam  7.00 malam , semua Pengerusi KRT yang turut serta dalam Lawatan tersebut  telah berkumpul di stesen bus ke Kota Kinabalu . Sebaik sahaja mendapat tiket bus dari ketua Rombongan iaitu saudara Bacho Kallo Pengerusi KRT Taman Wawasan Victoria dan juga Timbalan Pengerusi Permuafakatan Rukun Tetangga Daerah Tawau rakan-rakan Pengerusi  KRT sibuk mengatur barangan yang hendak dibawa termasuklah makanan ringan semasa perjalan itu nanti.



Perjalanan ke Kota Kinabalu memakan masa selama 12jam menggunakan ANDISBA EXPRESS bernombor ST949K. Pada pukul 7.45 malam kenderaan mulai bergerak , menuju Kota Kinabalu . Terdapat juga  Pengerusi KRT  yang menunggu ditepi jalan seperti Taman BSI ( Bandar Seri Indah ) , Balung Batu 22 dan batu 24 . Permulaan pergerakan bas pada malam itu amat sempura dan teratur.

Kami tiba di stesen rehat Telupid pada jam 1.00 pagi , semua penumpang dibenarkan untuk turun dan kami pun ambil peluang untuk makan dan minum. Selesai makan dan minum kami bertolak ke Kota Kinabalu. Kelihatan pemandu pun beralih tangan , pemandu yang tadi rehat setelah memandu lebih kurang 6 jam.

Suatu pengalaman yang luarbiasa apabila menaiki Bas Pengangkutan yang mempunyai Pemandu yang telah biasa dengan selekoh , menurun bukit , naik bukit dan keadaan cuaca yang sering bertukar , sekejap hujan lebat , sekejap gerimis , sekejap lagi melalui kawasan yang berkabus dan  pada orang-orang yang jarang-jarang  atau tidak pernah melalui kawasan ini ( Telupid – Tamparuli )  pada waktu ini     ( antara Jam 1.00 pagi hingga 6.00 pagi ) tentu sekali akan merasa gerun. Keadaan tersebut boleh terjadi apabila pemandu yang telah biasa dengan jalan tersebut memandu dengan laju terutama sekali apabila waktu menurun pemandu masih sempat untuk tekan minyak sebab dia mengetahui dihadapanya ada lah kawasan bukit. 

Kami sampai distesen Bas Inanam pada pukul 4.30 pagi , selesai  menurunkan penumpang dan memunggah barang-barang yang dibawa , bas bertolak ke Lapangan Terbang  Terminal Air Asia Kota Kinabalu pada jam 5.00 pagi. Kami tiba di Terminal Air Asia pada jam 5.30 pagi. Semua berjalan lancar masih sempat sembahyang Subuh diSurau Terminal yang disediakan. Kami bertolak ke Kuching jam 8.00 pagi.

DIKUCHING SARAWAK

Sebahagian daripada peserta yang sempat bergambar diTerminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching,Sarawak



Sebahagian daripada peserta yang sempat bergambar diTerminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching,Sarawak sebelum menaiki kenderaan Van ( Mini Bas ) yang disediakan.


Kami tiba di Lapangan Terbang Kuching pada jam 9.40 pagi . Penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuching memakan masa 1 jam 30minit atau lebih . Pihak  JPNIN Sarawak telah menyediakan kami 3 buah Van Mini Bas dan menjemput  kami di Lapangan terbang Kuching. Rombongan kami dibawa ke Bandar Satok dimana pada waktu itu kebetulan pada hari Ahad  ramai peniaga berniaga buah-buahan. 


   Buka saja Durian semua orang serbu ............



    Lihat lah betapa sukanya mereka dengan buah Durian


    Siapa tak nak rasa durian Sarawak rugilah ....


   Makan Mee Kolok , Mee Jawa kuah Satey , sop tulang .......

Ramai peserta rombongan membeli dan makan buah-buahan terutama sekali buah Durian. Disini buah Durian dijual  3biji - RM10.00 , peserta rombongan tidak melepaskan peluang untuk makan Durian. Selepas itu kami dibawa kesatu tempat untuk makan tengah hari. Memang banyak pilihan untuk memilih makanan. Ada Mee Kolok , Mee Jawa Kuah Satey , Laksa Sarawak , Urap , Umai dan banyak lagi.  Selepas itu ronda-ronda ditepi sungai Sarawak. 


Pada Jam 2.00 petang barulah kami daftar masuk ke Hotel Penginapan “ Harbour View”. Setiap bilik menempatkan 3 orang peserta rombongan . Keadaan Hotel memang bagus , bersih , lantai carpet , disediakan Surau setiap tingkat , Suraunya bersih dan teratur yang menyediakan tikar sembahyang ( Sejadah ) , telekong , ketayap ,  dan tempat sembahyang Wanita disediakan Tirai .



 Bergambar dihadapan Hotel Harbour View tempat menginap peserta rombongan

Pada Hari Pertama , acara bebas sehingga malam kami dibawa ronda-ronda dengan Mini Bas tersebut  sehingga waktu malam .


Tiga buah Bas Mini disediakan oleh JPNIN Sarawak untuk para peserta rombongan bergerak ke Destinasi yang telah diaturkan untuk lawatan
Pada Hari kedua beberapa tempat telah dilawati seperti Muzium Kuching , 


Disini tiada Kuching yang sebenar yang ada hanyalah replika kuching dan gambar-gambar kuching. Disini juga terdapat sejarah Bandar Kuching yang melalui arus pembangunan dan nama-nama Datuk Bandar yang mana terdapat 2 Datuk Bandar ( Utara dan Selatan ).


Tempat-tempat menjual dan membuat kueh Lapis Sarawak , ke Pasar Ikan Terubuk dan tepi Sungai Sarawak. 


Pasar Ikan Terubuk yang menjual Ikan Terubuk Asin.Menurut penjual ikan Terubuk yang ditemui bahawa ikan terubuk yang ada pada masa kini bukan lagi berasal dari Sarawak tetapi dieksport dari India. Ikan Terubuk Asal Sarawak amat sukar diperolehi dan sedang diancam kepupusan .
Beberapa orang Ahli Rombongan sempat ronda-ronda sungai Sarawak dengan menaiki bot RM15.00 untuk seorang. Memang Luas dalam Sungai Sarawak dan airnya tidak pernah jernih. Kelihatan ditepian sungai terdapat Nelayan sedang mengail Ikan , Udang dan ada yang memasang pukat dan menjala.



Peserta rombongan santai ditepaian Sungai Sarawak semantara menunggu Jurumudi bot yang akan membawa peserta ronda-ronda sungai Sarawak

 Peserta rombongan menaiki Bot untuk ronda-ronda Sungai Sarawak

Bot ini boleh memuatkan 30 orang penumpang semasa ronda-ronda sungai Sarawak

Peserta rombongan ditepian Sungai Sarawak berlatar belakang Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak

Bandar Raya Kuching terbahagi kepada Dua Pentadbiran yang dipisahkan oleh Sungai Sarawak . Dibahagian Bandarnya yang majority  penduduknya berketurunan China , Dewan Bandaraya Kuching Selatan  ditadbiar oleh kaum china manakala Dewan Bandaraya Kuching Utara  penduduknya Majoriti Orang Melayu ditadbir oleh orang-orang Melayu.  Bandaraya Kuching adalah satu-satunya Bandaraya yang ditadbir oleh Dua Kumpulan.


Pada sebelah Malam Rombongan kami diraikan oleh JKRT 4S , Kuching diDewan Serbaguna  Kampung Sudat.. Memang mariah sambutan yang diberikan. Acara sambutan malam itu dengan menyediakan hidangan buah Durian , mungkin pada masa itu musim Durian. Sempat juga beramah mesra dengan ahli-ahli KRT disana. 


Pegawai-pegawai JPNIN Sarawak dan Pengerusi KRT Sarawak serta Pegawai JPNIN Tawau Sabah dan peserta rombongan


AJK KRT Kampung Sudat dan JKRT 4S Kuching bersama-sama peserta Rombongan Lawatan Muhibbah dari Pengerusi - Pengerusi  KRT Tawau Sabah.


Peserta Rombongan bersama-sama Ahli-ahli JKRT 4S dan KRT Kampung Sudat menari dan menyanyi lagu-lagu Sabah dan Sarawak.

Pengarah JPNIN Negeri Sarawak dan Timbalan Pengarah JPNIN Negeri Sarawak turut sama memberikan penghormatan kepada Rombongan Pengerusi-Pengerusi KRT Tawau Sabah.

Pada 11 Disember 2012 , rombongan bertolak balik ke Sabah pada pukul 1.40 petang dan bertolak balik keTawau pada pukul 8.40 malam.








Sunday, 23 December 2012

Majlis Taklimat Akta Rukun Tetangga


MAJLIS TAKLIMAT AKTA RUKUN TETANGGA 2012 DAN PELANCARAN PROGRAM SAYANGI KOMUNITI PERINGKAT NEGERI SABAH

Majlis ini diadakan diDewan Bankuasi , Dewan Undangan Negeri Sabah pada 18 Disember 2012 dan diRasmikan oleh YAB DSP Musa bin Hj.Aman , Ketua Menteri Sabah.


Peserta-peserta Jiran Wanita KRT-KRT Tawau turut sama hadir ke Majlis tersebut


Pengerusi-pengerusi KRT-KRT Tawau juga turut sama hadir diMajlis tersebut.


Semua peserta-peserta dari Tawau menaiki Bas ke Kota Kinabalu pada 17 Disember 2012 yang telah disediakan oleh JPNIN Sabah.


Tiga buah Bas telah disediakan oleh JPNIN Sabah untuk program tersebut dimana Semua KRT Tawau telah menghantar wakil-wakil mereka yang turut serta Pengerusi-Pengerusi KRT.


Peserta-peserta menginap diApartment Api-Api Centre , Kota Kinabalu.


Peserta-peserta bersedia menunggu Bas untuk ke Dewan Bankuasi, Dewan Undangan Negeri Sabah untuk mendengar Taklimat dan Pelancaran Program Sayangi Komuniti